Bulart-blog
dear followers n readers..can u clik all this pics :)

luahan hati!!!!!






Puisi ni sesuatu yang aku tulis sebelum tamat sekolah menengah. Ianya berkisarkan tentang seseorang yang aku suka ketika itu. Kerana, dia adalah cinta pertama aku. Tetapi apa kan daya, kerana aku ini kurang berani dalam hal menyapa perempuan, aku hanya mampu memendamkan perasaan cinta aku ni jauh dilubuk hatiku. Sememangnya, sejak dari bangku sekolah lagi, aku memang sering gagal dalam percintaan. Dan ianya terbawa2 sehingga ke hari ini. Setiap kali aku sukakan seseorang, sering kali hanya aku sahaja yg bertepuk disebelah tangan. Mungkin silap aku juga, yang lebih suka memendamkan perasaan daripada berterus terang. Namun, jika rupa paras ku dijadikan ukuran, ada baik nya aku beralah saje. Kerana, dari zaman sekolah lagi, aku lebih mengutamakan kekata BMW - Best Man Win, kerana aku sedar siapa diri ku ini. Hanya puisi haprak ini saja yang mampu aku tulis sebagai luahan hati ku..
Kau tatapanku
Sinar berkabus di wajahmu
Menikam sanubariku

Tidakkah kau tahu
Betapa terpaut aku padamu
pada perilakumu
pada kejelitaanmu

Kau purnama nan terang
Antara bebintang berkerdipan

Ah, bisakah kuperluahkan
Perasaan ini padamu

Masa kan!!!
Siapalah dapat kupersalahkan
Kerana aku tak kuasa menyapa

Biar sahajalah aku seorang
Bertepuk sebelah tangan

Sentap Hati Mak Nak !!

0 SUDI MENGOMEN: